dianugerahkan kegembiraan,
kemudian dihampa kesengsaraan,
aku tidak mengerti,
telahku buat salah terhadapmu??
semalam berasmara,
hari ini,
diganti kesedihan semula,
aku dilanda kebingungan,
mengapa kau bersayu,
aku berjalan keseorangan,
berat hati meninggalkanmu,
tetapi itulah yang engkau mahu,
tidak mahu ku mengganggu,
pendirian diri,
ada di tanganmu sendiri,
tidak bisa ku menukarnya,
ku hanya dapat membuka pintu,
engkau yg harus mengambil langkah,
jgn malu membuat yang benar,
jangan berani membuat yang salah,
berputar-putar kepala memusing,
mencari tempat kesalahan,
mungkin aku,
mungkin tidak,
tolonglah permaisuriku,
jangan membuatku begini,
cinta memerlukan dua tangan bertepuk,
jangan sampai hanya tanganku sahaja,
aku cintakanmu,
tidak mahu memarahimu,
tetapi demi percintaanku kepadamu,
terpaksa ku membuat sesuatu,
hanya tuhan sahaja dapat tahu,
ketibaan kau disisiku,
betapa berwarna-warninya duniaku,
tidak akan kau tahu,
ku hanya mahu membantu,
bukan membunuh,
dengan hati niat yang suci,
aku mencintaimu....
